Friday, May 29, 2009

PERJALANAN SEORANG PENERBIT


Pengambaran di bumbung sebuah bangunan di Bangsar Utama


Hari ini, Sabtu, 30 Mei 2009 pengambaran drama ini telah masuk hari ke lima. Ketika preproduction (prepro) drama ini dijalankan ada beberapa perkara yang pada pandangan saya sangat menarik untuk dikongsi bersama.

Perkara pertama yang sangat menarik ialah hakikat bahawa bidang penerbitan drama di Malaysia amat aktif sekali. Saya yang pertama kali menerbitkan drama bersiri agak terkedu bilamana berhadapan dengan situasi kesukaran mendapatkan pelakun. Hampir semua pelakun yang 'ada nama' telah terikat dengan kontrak ataupun jadual. Saya juga sedikit terperanjat dengan jumlah bayaran bagi setiap pelakun.

Saya berpandangan, jika dilakukan dengan serious, kerjaya sebagai pelakun adalah setanding dengan pendapatan CEO syarikat ternama. Seorang pelakun yang 'ada nama' kena dibayar antara RM400 hingga RM1,000 untuk sehari pengambaran. Dan hakikatnya kebanyakan mereka terikat dengan kontrak sehingga saya sebagai penerbit sangat sukar untuk 'mencuri jadual' mereka walaupun untuk beberapa hari pengambaran.

Begitu juga dengan krew pengambaran. Sewaktu melakukan pengambaran luar di depan Modesto dan Aloha Bukit Bintang, krew Cinta Sempurna bertembung dengan dua lagi set krew pengambaran. Saya difahamkan oleh anggota krew kita perkara seumpama ini adalah peerkara biasa, bukan kebetulan. Jadi hakikatnya industri penerbitan drama ini sedang sangat aktif.

Febuari lalu saya ada berbual dengan pelakun, pengarah dan penerbit drama yang penerbitanya menjadi rebutan saluran tv ketika ini, beliau memegang kontrak sebanyak RM20,000,000.00 sepanjang tahun ini. Bukankah itu menyamai nilai dagangan syarikat tersenarai di Papan Kedua BSKL. Ketika itu juga beliau telah merancang penerbitan untuk 2010 kerana jadual syarikatnya bagi tahun 2009 ini telah penuh.

Dalam produksi Cinta Sempurna hampir 300 orang terlibat secara langsung dalam pembikinannya termasuk kira-kira 50 orang pelakun tambahan.

Pada kesempatan yang lain saya akan berkongsi pengalama menarik sebagai penerbit dan pengalaman peribadi sepanjang 35 hari pengambaran Cinta Sempurna akan berlangsung.

Jumpa lagi.