DATUK BURHAN seorang ahli korporat yang hidup begitu extreme dengan gaya dan budaya barat secara tiba-tiba mendapat kesedaran beragama sekembalinya dari mengerjakan umrah. Namun kerana kesedaran berteraskan emosi semata tanpa ilmu islam di dada, Datuk Burhan beralih dari satu extreme kepada extreme yang lain iaitu kepada extreme dalam beragama. Datuk Burhan secara tergesa-gesa telah menghantar secara paksa dua anaknya NAJIB (12th) dan SHILA (10th) ke sekolah agama berasrama tanpa berbincang terlebih dahulu dengan isterinya DATIN ZARINA yang ketika itu berada di luar negara. Semua itu di lakukan oleh Datuk Burhan atas alasan mahu menebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Najib dan Shila yang sudah terbiasa dengan kehidupan serba mewah dan kesenangan hidup terpaksa akur dengan tindakan ayah mereka. Sebagai tanda protes, Najib dan Shila telah bertindak memberontak dengan pihak pentadbir sekolah agama di mana mereka belajar. Pentadbir dan guru agama yang tidak tahan dengan kenakalan mereka akhirnya meminta Datuk Burhan mengambil anak mereka semula.
Datin Zarina mengambil peluang ini untuk mempertikaikan tindakan suaminya sebelum ini yang telah bertindak menghantar anak mereka dari International School ke sekolah agama tanpa terlebih dahulu berbincang dan mendapat persetujuan anak-anak mereka. Datin Zarina yang tidak mahu suaminya terus mengongkong anak-anak mereka dengan peraturan agama yang ketat telah mengambil keputusan drastik dengan menghantar Najib dan Shila belajar di London. Kebetulan Datin Zarina mempunyai seorang adik perempuan yang telah lama menetap di United Kingdom.
Dua belas tahun kemudian Najib Dan Shila kembali untuk bercuti ke tanah air. Shila ketika ini baru sahaja selesai Chambering setelah selesai pengajian undang-undangnya di Lincoln’s Inn. Najib pula sedang belajar di tahun akhir di Edinburgh School of Arts. Sepanjang berada di rumah Najib dan Shila banyak mempertikaikan amalan agama dan amalan budaya bangsa mereka sendiri. Datuk Burhan dan Datin Zarina, kerana tidak cukup ilmu untuk berhadapan dengan hujah Shila terutamanya terpaksa memanggil beberapa orang ustaz, ustazah dan beberapa pakar motivasi untuk membetulkan pegangan dan aqidah anak mereka tapi semua usaha itu gagal.
Atas nasihat seorang pakar saikologi, Datuk Burhan dan Datin Zarina kemudiannya telah memanggil seorang ustaz muda bernama USTAZ NAZIR, iaitu seorang pensyarah Pengajian Islam di sebuah universiti, yang pernah tinggal lama di luar negara untuk memperbetulkan aqidah anak mereka yang telah menyimpang jauh.
Namun Ustaz Nazir mendapat tamparan apabila dia terpaksa berdepan dengan Shila yang cerdik dan keras pendirian itu. Namun dalam masa yang sama tanpa pengetahuan si ustaz muda itu, Shila dalam diam telah jatuh cinta padanya. IZARMAN yang merupakan anak kepada rakan perniagaan Datuk Burhan, yang selama ini meminati Shila cemburu dan tidak senang hati dengan kehadiran Ustaz Nazir dalam hidup Shila.
Apa yang tidak diketahui oleh Shila ialah ustaz Nazir sebenarnya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang doktor, DR NAJIHAH. Ustaz Nazir dalam masa yang sama hadapi delima antara menyelamatkan aqidah Shila yang sentiasa menggodanya atau kekal setia dengan tunangnya. Najib pula dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Dr Najihah. Ustaz nazir akhirnya jadi keliru dengan tugas dakwahnya. Dia mula mempertikaikan keikhlasannya sendiri apabila di mula bertanya samada dia mendekati Shila kerana telah mula jatuh cinta pada Shila atau kerana tugas dakwahnya memperbetulkan aqidah Shila. Pada masa sama kebaikan Dr Najihah untuk membetulkan jalan hidup Najib menyebabkan Najib menyangka Dr Najihah juga menaruh perasaan terhadapnya.
Tregedi berlaku bila Shila mendapat tahu Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir dan Najib mengetahui Dr Najihah adalah tunang Ustaz Nazir.
-END-